Monday, 3 February 2014

intergrated project vietnam

Bismillahirrahmanirrahim,

#LaterBlogPost #TakdeMasa #ImFinalYearStudent #PrayForMe

Awal semester ke 7 baru ni (August 2013 - September 2013) aku ada pergi Ho Chi Minh City Vietnam. Tujuan utama sebab ada subjek kiteorang memang kena pergi belajar pasal hartanah dekat oberr dee sea, memula plan nak pergi Auckland, New Zealand tapi last2 bla3 lepas ke HCMC jugak. So aku nak tulis overview seket pasal Vietnam berdasarkan mata kepala aku iye~by the way ni first time pergi oberr dee sea nih, half excited sebab nak berjalan half tak excited sebab balik2 vietnam kena terus start sem~

   1)      Perjalanan tak lama, sampaikan tak sempat nak tido pun masa flight tu sebab kagum dengan awan langit ciptaan Allah s.w.t, series cantik sesangatt, memang indah habak hang :D

   2)      Sampai2 sana seeloknya hangpa beli sim card terus kalau nak guna internet sepanjang masa and untuk calling2, kami pergi 2 minggu jadi logic jugak untuk beli sim card, kalau 2,3 hari tu tak payah la kot, wifi hotel pun ada.hihi

   3)      Benda paling unik sesampai dekat sana adalah traffic sana dengan bunyi hon sepanjang masa. Ini series, sangat unik. Motor dekat sana sangatt banyakk. Biasa dekat sini line tu untuk kereta tapi satu line sana penuh dengan moto duk himpit2. Dengan tak ikut peraturannya, selambaa badak je buat dua hala dekat jalan yg sehala, bak kata lecturer aku ‘main talee die jee’ LOL!

   4)      Sebabkan kiteorang gi satu kelas yg semua sekali lebih kurang 35 termasuk lecturer, so kmi2 naik bas, dekat sini bas yg lalu boleh bilang je hah sama mcm kereta. Lagii kalau sesiapa yg memula tak pandai nak melintas jalan dekat Malaysia tuh automatically akan pandai lintas jalan,haa taw sebab apa, sebab kat sini tak payah nak pandang kiri pandang kanan tu, kau lintas je terus takyah nak tunggu2 sebab dieorang takkan tunggu engkorang,hoho

   5)      English dieorang mostly biasa2 je, ada sampai aku mintak mangkuk dekat akak hotel tu siap main bahasa2 isyarat lagi, naseb die faham,hahaha tapi aku respect student sini yg try jugak speaking dgn kiteorg even tak fasih ada sampai tulis dekat kertas dan buat bhs isyarat jugak,hihi pengalaman tuu :D

   6)      Orang kat sini peramah, kecuali abang yg kerja dlm airport, muka ketegaq nak mampuihh, hatuii, lol orang nak invest dkt Negara die ni buatla muka manih2 seket, ye dop?

   7)      Kiteorg sampai lebih kurang nak malam jugak la, beza sejam je pun dgn msia, hihi tapi yg unik kali kedua dekat sini adalah dieorang memang sangat memanfaatkan setiap taman yang ada tak kira la waktu pagi ke petang ke atau malam, time memalam pun penuh dgn org berjoging, main bunga tangkis, poco-poco, dan semua umur okay terlibat, atuk2 nenek2 pun ada hahh.

   8)      Service hotel dekat sini overall okay tp for more safety reason please and please always lock your door okay.

   9)      Dekat sini tak banyak sgt tempat nak jalan sebenanye, biasa org dtg nak shopping dekat Ben Thanh Market ni dgn pasa malam yg tiap2 malam bukak dan tiap2 harila kiteorg gi melabur kat situ. LOL dan TIPS SHOPPING kat sini, kau jgn nak bargain2 sgt dgn dieorang, dieorang mmg letak harga yg double dr asal, jd kau terus bargain separuh dr display harga tu then die mesti tak bagi punye, kan? Pastu kau blah je, ini juga series, sebab bila kau blah for sure ko akan dpt harga sparuh yg korang mintak tadi. Dan penjual sini sgt awesome okay, siap tarik2 tangan kita ajak beli brg kat kedai dia, ni namanya active competition ye dop? Hihi tapi nasihat aku lagi sekali, survey je dulu semua barang2 lepas tu baru beli untuk mengelakkan kes ditipu mcm aku pada hari pertama pergi terus beli,haa pastu menyesal sebab blh dpt murahh lagii dekat tempat lain, pengajaran okay pengajaran.

   10)   Basic tempat melawat dekat sini, lawatan sepanjang sungai Mekong (bestla jugak, just enjoy your time, kata pelancong kan), chu chi tunnel ( terowong2 zaman perang dan history2 punya cerita, tapi aku tak pergi ni,hehe), Ben Thanh Market mcm aku ckp tadi, pasar malam, bangunan post office dia, church apa entah nama die, bangunan diraja, muzium yg bosan, Saigon square (dekat je dgn ben thanh just kena cross jalan, die jual baju2 gak tp concept kedai yg modern seket,hihi) dan aku ada pergi Pantai tapi tak ingat nama apa, lol dekat sini ada tempat yg sejuk ala2 cameron tu nama dia Dhalat tp tak pergila sebab jauh dlm 4 jam kot?

   11)   TIPS seterusnya, please duduk dekat hotel yg dekat dgn ben thanh market supaya anda tak jalan jauh dan supaya anda tak naik taxi mcm kami, memula naik taxi first okay, sgt murah, tapi yg kedua memang drama! First drama, meter laju gila naik, second drama, meter tunjuk 50.6 okay point tapi die suruh baya 500?? Memang dah sumpah seranah tapi nak buat cemanaa, die kunci pintu dan tempat nak bukak kunci dekat tempat dia je, drama ketiga, okay dah baya 500, kemudian die campak 500 bawah kaki die then ckp kiteorg baya 20 je? What the **** kann, cuak gile time tu dengan driver tu memarah lagi, ohh kan dah cakap ini DRAMA, sebabkan takut kiteorg baya LAGI 500 dan baru driver tu kasi keluar, memang pengalaman pahit dekat sana, so moral please jgn naik taxi or beca sekalipun okay?

   12)   Muslim sini sgt kurang tp nak dpt makanan halal insyaAllah mudah, bnyk kedai jual makanan halal sini, tp unik kali ketiga adalah pelajar2 sini semua pelik tengok kiteorg pakai tudung,hehe so bnykla dieorg tanya, why need to cover your hair? Why cannot eat pig? Dan silala jawab dgn jawapan plg berhemah okay ;) nak ambek wudu’ pun susah kat sini, pelek je dieorg tgk apa la kamiorang buat ni, dengan sembahyang dlm kelas lg, tapi naseb baik lecturer die dah sediakan kelas khusus utk kiteorang sembahyang, so sweet kan, tapi pintu die lutsinar jd dieorg nampak je kiteorang solat dalam tu.


   13)   Lastly, masa nak balik student sana siap hanta kiteorang sampai ke airport, terharu tak? Depa siap nangis2 lagi ooh, kiteorg wat lek wat pis je tak sabau nak blk tnh air sndiri kan, bak kata pepatah, ‘ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik di negeri sendiri’ lol okay selamat maju jaya :p

tiap2 malam pegi paso malam shopping :D

saigon sky deck, tp tak naik pun ;)

with pretty students here, mostly our adik2 


peace at Vung Tao beach

first time jalan jauh2 dgn bdk laki dan seriously aku rasa mcm mak orang jaga mkn mnm depa, paksa solat :p, tgk depa mandi pantai sambil jaga beg? erkkk LOL sangat :p

favourite pose with favourite peoples!

Riang ria di Sungai Mekong

tourist :P

sementara menunggu di KLIA

lecturer suruh discuss but this is the result :p

menuju ke pantai


site visit ke Celadon City

with UMF students :)

kakndok sayam :*


groupmate :)

dgn husna dekat muzium, sakan tahan gelak time nih :p
Thats all the pictures uploaded, banyak sangat dan banyak sgt folder tak tersusun lagi dlm pictures, so thats all, Happy Holiday :D


Friday, 10 January 2014

Thesis!


Alhamdulillah siap pun thesis kesayangan, haha sayang ke? :p

masa memula dapat tajuk ni atas cadangan Dr Nasir, suka sangat! sebab quantitative kononnyaa, suka sangat nombor2 kan, bila dapat maklumat, haa ambek kau puluh2 ribu kena analyse, haha padan muka :p nasebla guna SPSS tak payah nak susah2 dan nasib jugak dah dapat maklumat yang softcopy so tak payah susah2 jugak,hee

tajuknya pasal " The application of Multiple Regression Analysis (MRA) on Condominium Valuation" atau kata lain guna teknik baru iaitu MRA untuk tentukan harga rumah. aku memang start buat thesis ni dari sem lepas tapi nyaa sampai bab satu jelahh, kahkah :p pastu sem ni mula la gabra buat semua bab, dengan nak dapatkan maklumat dari NAPIC lg, berminggu2 tunggu, ingatkan tak dapat dah, tapi naseb baik dapat, Alhamdulillah :) lepas tu nak analysenya lagi, tapi rilekla, untuk degree je pun, so kita buat apa yang kita mampu jela kan, ke tak? haha

tapi orang paling penting untuk thesis ni tak lain tak bukan mestilah supervisor! Alhamdulillah syukur sangat dapat sv macam Dr Nasir yg sangat baik dan sangat teliti! semua grammar habis dia betulkan, hehe tanpa beliau aku tak rasa dapat siapkan thesis ni,huhu terima kasih sesangat!, haha macam dia baca je blog ni :p apapun semoga Allah berikan kesihatan yg baik kepada beliau, kesian tengok asyik batuk2,huhu

duit pun banyak keluar untuk thesis ni, tp aku tak kesah mane asalkan siap,haha dan pada 10 Januari 2014 lahirlah baby ungu atas ni, kembar tiga terus! efficient :p kahkah okay nak exam lagi satu paper ni, doakan dapat keputusan yang cemerlang semester ni, insyaAllah, sem depan praktikal 5 bulan,wuhuu taktawla apa nasib, dah la sorang2 T_T moga dipermudahkan insyaAllah, oraite, astalavista, gua ada plan menarik lepas lepas exam nih, harap jadi, wehhoo! :D

Thursday, 24 October 2013

Assalamualaikum semua!!

at lastttt dah ingat password untuk blog ni! yeayy! haaha

wait for another post yaa :D :D :D


kucing dalam profile picture di pacebuk, gambar ehsan dr google image ;p

Saturday, 13 July 2013

SALAM RAMADHAN

bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dan berpuasa tahun ni 1434 Hijrah bersama keluarga tersayang

Alhamdulillah masih diberi kekuatan fizikal untuk beribadah kepada-Nya

Alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk berpuasa sepenuhnya di rumah, dapat membantu diri sendiri untuk tingkatkan amal ibadah, temankan dan tolong mak dekat rumah


ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING I HAVE :)

cuma harap2 dan berharap semoga perasaan syukur ni sentiasa wujud dan diamalkan, tak cukup untuk berkata sahaja kita bersyukur tanpa melakukan perintah yg disuruh-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

kekadang kita cakap kita bersyukur tapi kemudian mulut yg dianugerahkan digunakan untuk mengumpat, mengata, bersyukurkah kita?

sempena bulan ramadhan yg penuh mulia dan dilimpahi keberkatan ni, kita sama2 bersyukur dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh muslimin muslimat seluruh dunia, moga2 bukan hanya di bulan ramadhan saja tp diteruskan hingga ke hujung nyawa, jom sama2 berkumpul di syurga yuk :D

Gagal upgrade iman selepas lalui ramadhan, ibarat dah harungi sungai yg bersih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tidak dibersihkan

waalaahualam



Saturday, 16 February 2013

cuti mid sem 5!

bismillahirrahmanirrahim,

YES! cuti! detik yg sgt dinanti2 kan oleh setiap pelajar even pekerja sekalipon, cuti mid sem kali ni hampir sebulan, alhamdulillah, lepas dah penat ber assignment, bertutorial, ber exam, tibalah masa untuk bercuti pulak kan, kali ni macam biasa duduk umah je tak pergi memane walaupun dalam hati sangat2 nak pegi jengjalan, selalu munyumpah diri sebab degil taknak pegang streng kereta even dah ada lesen, walaupun aku tak suka bila org cakap 'ada lesen tapi tak bawak kereta, rugiiii' YES! mmg rugi dan aku sentiasa rasa rugi tu especially cuti2 macam nih, tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku masih tak bawak2 kete kat umah ni, kereta auto dah ada dah tapi tapii, hemm i donno why, rasa nak bawak tapi tak terbawak,lol selalula berangan kalau aku dah pandai bawak kereta, nak pergi jalan2 umah semua kawan2, nak jemput dieorang ajak gi jalan2, tapi apekan daya kan,insyaAllah one day wil come ^^

nak bagitahu kawan time matrik dulu datang rumah cuti kali ni, al-kisahnya borak2, then terjadilah kejadian seperti yang tersebut, LOL farah syazwani dengan liyana jamaluddin mai, sebelum ni aku dah pernah bermalam rumah dieorang kat kuantan tu, ni kira balas balik la,hew3 terima kasih sesangat sudi datang even terpaksa naik bas jauh2,hehe harap2 korang puas hati dengan layanan yg diberikan,ecehh *yana cakap layanan macam kat hotel 5 star katenye, tak tahu la star mane kan* aku selalu bimbang kalau orang datang umah nak bawak gi jalan mane, haha yelah orang datang jejauh takkan aku nak bawak dieorang tengok lembu kucing belakang rumah ni je kan, jadi, selain menjadikan ikan patin masak tempoyak sebagai umpan, hew3 :3 aku ajak dieorang gi sawah padi dekat kg kertau, chenor. farah ni lah teringin nak pegi paya, sawah padi katenye, haha jadi layankan aje minah ni, sempat jugak bawak dieorang round2 kat chenor, tepi jeti die, ingat nak naik bot tapi takde pulak bot nya, lain kali ye, so sila rajinkan diri anda2 untuk datang lagi rumah saya :) ada bawak dieorang gi jambatan gantung kat temerloh, sebenarnya aku pon first time dapat naik jambatan tu, sebab sebelum ni abah cakap jambatan tu tak boleh guna sebab tak berapa nak stabil, sekarang ni okay lah kot,tapi kene naik 2 orang dalam waktu yang sama, lol

jambatan gantung temerloh ^^

tercapai gak hajat farah ni nak tengok sawah padi ye ;)

saranghae :*

Liyana :D

peace yoo :D

chenor

jeti chenor

them <3

;)





terima kasih sangat sudi datang rumah saya yg tak seberapa ni, naik sem nanti nak ajak aman dengan qilah datang, insyaAllah :) saya nak sgt ajak girl classmate sy dtg rumah jalan2 ke kuantan ke, tapi transport tulah, hemm...

cuti ni makan tido dan sewaktu dengannya je, lain kali nak tolong maklong na dengan makcik buat homework dieorang, takdelah cuti bazir camtu je,huhu lagipun cikgu sekolah skrg sgt bnyk kan kerja dieorang, sape kata senang jadi cikgu,susah tahu! okay lah, tajuk je cuti midsem, esok nak balik UM dah, ohh result alhamdulillah, tak gempak mane pun cuma bersyukur sebab tak fail law, thank you dr anuar!

-Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan- Imam Syafie

*baru perasan aku update blog bila masuk dan tutp sem jek,adess*

Thursday, 31 January 2013

assalamualaikum!

bismillahirrahmanirrahim, ^^

heheee,,dah lame tak menulis ni rasa segan pulak, :p *macam ramai sangat orang nak tengok blog ni kan*
bukan sebab terlampau sibuk or whatsoever tapi sebab kelupaan username/email untuk blog ni,hehe password ingat tapi lupa email dia apa sebab diasingkan email ni dengan lain2, special punya email untuk blog ni sampai lupa kan, amekaww *dush2!

tarikh hari ni 31/1/2013, dah tamat sudah semester 5 untuk 3rd year..sangat2 banyak untuk diceritakan tapi kelupaan sudahh,,jadi perlu merujuk kepada incik diari di telefon untuk flashback balik ape mende aku dah buat sepanjang sem 5 ni uoolss :p dan berbalik kepada tujuan asal blog ni dibuat adalah untuk tuan punya blog ingat balik memories2 dulu,so merepek ke apa suka hati i lah kann :P

9/9/2012 : daftar masuk kolej, roomate dengan amirah aqilah dan amaniah, both of them gila tengok cerita, aman gile korea, si qilah ni gile drama melayu, lol tapi korea pun die bedal jek, so masa memula sem dan tak banyak keje, kiteorang selalula buat wayang sendiri dalam bilik, tengok cerita dengan tutup lampu *konon2 nak feeling dalam wayang dengan cekedis2 sume* nasibla dapat roomate macam aman ni, sebelum nak daftar tu aku takut gak nanti aku dengan qilah dapat roomate cemane la kan,huhu last2 kiteorang semua sebati bersama, LOL alhamdulillah dah takde masalah2 mcm dulu2 lagi :) tapi kesian dekat aman sebab selalu kene tinggal time weekend sebab aku dengan qilah selalu balik,hehe sorry aman ^^ dan terima kasih jugak sanggup melayan karenah kakak2 yg sebenarnya sebaya je dengan kau ni aman :p 

25/9/2012 : start dapat soalan assignment dan time2 begini sibukla cari group partner kan, time ni aku ada sedih seket sebab i touching dapat taw orang lain semua dah ada group, terasa macam sisa baki apa entah, terasa kekurangan kepandaiann laa,huhu dan sama waktu dengannya, tapi bila fikir semula 'siapa cepat dia dapat' kan, dan dengan sokongan roomate, kak yan dan classmate jua, aku berazam yang aku akan buat the best, all out punya! dan alhamdulillah kami dah buktikan dan kami berjaya menyiapkan assignment dalam waktu yang ditetapkan :)

3/10/2012 : pesta konvo dekat UM dan jumpa ustaz iqbal, ustaz belanja makan,thank you ustaz! moga sakit ustaz cepat sembuh dan dimurahkan rezeki selalu! dan derma darah buat kali kedua, alhamdulillah :) dan sempat jumpa kak yan, kak noq, kak ieyka dan lelain time dieorg konvo, walaupun tak jumpe ramai pun senior tapi saya doakan dieorang cepat dapat kerja dan kawen tolongla jemput, :p

adek saya PMR! yes! dia PMR dan dah dapat result pon, he's lucky to stay at the same school and do not need to find other school, susah pulak kan nak pindah2 ni, kau stay situ lagi bagus! :p 

dan seperti biasa setiap subjek need its own assignment :

business valuation
5 jam kredit hour weh subject ni dengan assignmentnya 60%, sangat2 mempengaruhi result/pointer nanti, tapi aku bersyukur sebab puas buat assignment ni, puass sebab sebelum ni tak pernah buat assignment ni macam kali ni, before this duduk under joyce kene buat mende yang ringan je, calculation mmg tak sentuh langsung, aku noob gila before this but this sem i show it that i also can do it, harap sangat lepas ni group dgn malay je, memang senang, rilex and steady je kerja dengan chinese tapi knowledge yg dapat tu tersangatla kurang, dan through this assignment la aku,tiara dan dibah dapat kenal lecturers kiteorang, thanx a lot to dr noor, dr anuar, dr rusli dan puan zai yg membantu kami, without all of you we cant do this assignment..best dapat denga macam2 cerita dari dieorang, dr anuar cite pasal pengalaman dia time keje, dr rusli siap cerita macam kenal dengan wife die lagi, steady beb lectures ni semua cuma kena pandai approach je :) dan kami value LEKAS highway for this sem ;) nak tahu value dia berapa jangan segan silu tanya :p

land acquisition and compensation law
yang ni sangat sempoi assignment dia dan sejujurnya aku terlibat berapa percent je, terima kasih sesangat kat irsyad, our leader yg sanggat memahami ketensionan membuat assignment valuation time tu, dan maaf sesangat tak involve sangat untuk assignment ni, subject ni siap ada moot court trial, konon2 nak ada pengalaman duduk dalam court.hehe 

property finance
subject ni belajar pasal finance, money cashflow and interest so on within this country, dan assignment dia individual dan kene cari bank mana paling sesuai untuk buat loan untuk beli rumah, kami org temerloh pakat ler pegi bank dekat area2 temerloh ni, assignment ni susah gak la tapi bolehla tibai hentam belok sana belok sini kann,kekekee

town planning project
hahh ini project bukan main2, 100% on assignment, attendance and test only, no paper/exam for this subject! wohooo masa memula daftar sangat excited sebab tak payah exam, last sekali bile nak buat assignment dia amekaww, *dushh3 kene dengan lecturernya,huhu tapi mungkin ada hikmah kan, untuk melatih kiteorang jadi lebih cerewet untuk buat kerja,jangan buat sambil lewa and so on, abaikan perasaan negative yang ada, kita ambil yang positive saje sebagai pengajaran :) tapi aku sangat suka dengan my group, rasa sangat2 selesa bekerja dengan korang! *serious* walaupun kerja keras kita tak diterima tapi ikhlaskan tenaga, masa dan usaha kita bekerja kerana Allah, insyaAllah hati lebih tenang :)

Ko-K
tehee :3 ambek pembimbing rakan sebaya, apa belajar pon aku taktaw, haha yg penting datang kelas sebab dtg kelas je dah dapat lulus, LOL adala dapat tips seket macam mana nak pukau orang jadi baik,hehe jadi baik je taw bukan jahat :p sape nak taw kene pi ambek subjek ni dulu :p

overall for exam, ambek 3 papers jeeeee :p

tapi 3 papers pon kene all out adek2 akak2 abang2 sekalian, dan sangat sedih sebab exam kali ni aku dapat rasa aku tak berikan yang terbaik, dan blank dalam exam, jawapan ada dekat soalan tapi lepas abes masa baru sedar, huuuu sangat2 menyesal! tapi nak buat macam mana kan,cuma berharap, berdoa dan bertawakal untuk dapat result yang baik,huhu dan tolongla diri sendiri ambek pengajaran dan jgn blank lagi untuk next2 sem, 

T.A.M.M.A.T sudah synopsis untuk sem 5 ni, mengharap diri ini dapat beri yang terbaik untuk diri sendiri, agama,family, kawan2 dan negara! :D

Friday, 21 September 2012

student life

bismillahirrahmanirrahim :)

i'm officially a third year student now and studied property management at University of Malaya :)
dulu masa first dapat masuk sini rasa gembira dan sedih, gembira sbb dpt masuk UM, UM kan mmg top university dekat malaysia nih, sape tak bangge kan dpt masuk UM tp yg sedehnye bile dpt kos yg lastttt sekali, dengan tak tahu ape2 pasal kos ni dan sy melangkah masuk ke UM ni dgn tahap kebluran yg tinggi +_+''

tp lepas semester demi semester, tahap kebluran tu diganti dgn tahap ke''excited''ann' :p sy bersyukur sebab masih dpt masuk ke universiti yg mane ramai kat luar sane yg masih merayu nak masuk U, dan kos yg sy ambek ni pun makin lame makin syok untuk dipelajari,dan kos ni  mmg sgt sesuai utk sy dan sgt2 bersyukur x ambek bahagian sains aritu sebab sy mmg x suke dan allergic bab kene bace buku tebal2 nih,hoho :p
itulah, ALLAH MAHA MENGETAHUI yg terbaik utk hamba-Nya, alhamdulillah :) terima kasih jugak dekat mak yg pilihkan kos ni, setiap kejadian yg berlaku tu sememangnya ada hikmah di sebaliknya, sama ada kita mengerti atau tidak je :)

dan untuk this semester, sy still stay at 1st college cuma berlainan roomate saje, sorang roomate lama dan sorang roomate baru-->amirah aqilah dan aman, dan sy harap this sem dah x sedeh2 mcm last 2 years, for 2 years masalah same still berulang dan sy rase jln penyelesaian terbaik adalah tukar roomate, sedeh dan rasa bersalah jugak dekat kila tp kesabaran sy mungkin sampai sini saje, kalau masih roomate mungkin kesabaran sy akan hilang,huhu  dan aku seorang yg x suke bercerite masalah dekat org lain kecuali bab pelajaran la kan, aku lebih suke memendam dan memendam sampai blh rasa berattt dlm hati ni :|

dan untuk pertama kalinye fakulti sy menganjurkan ala2 minggu mesra pelajar dgn freshie baru, untung adek2 1st year tahun ni taw, naseb la kami2 ni masih tak keluar lg,ehehe seronok sbb blh berkenalan dgn adek2 nih dan laaagiii seronok sebab 1st week masuk takde kelas langsung,hoooo syiokkk!! majlis penutup pun best, pandai gak bebudak alam bina ni buat persembahan,kekeke EM pun dah buat persatuan sendiri katenye, lepas ni blhla naikkan lagi nama kos kamiorg ni ;)

setakat ni blhla berjalan bersantai santaian sebab x dapat kerja lagi kan,hhehe

then sayonara <3

p/s : bestnye ieda pegi jalan2 ke perak sane, nak berjalan2 jugak dgn kengkawan semua,huhu